Mungkin ada antara sahabat yang dalam keadaan keliru, gundah, buntu, sedih, kecewa atau apa perasaan sekalipun. Bacalah sekejap perkongsian aku ni.
Dari Abdullah bin Abbas RA, katanya;
Pada suatu hari, aku berada di belakang baginda Nabi Salallahu Alaihi Wasalam lalu baginda bersabda,
"Jagalah Allah, nescaya Dia menjagamu;
jagalah Allah, nescaya kamu mendapati-Nya bersamamu;
jika kamu mempunyai permintaan, mintalah kepada Allah;
jika kamu membutuhkan pertolongan, minta tolonglah kepada Allah.
Ketahuilah, seandainya seluruh manusia bersatu untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, mereka tidak akan dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan untukmu;
dan jika mereka bersatu untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, mereka tidak akan dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan untukmu.
Pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah mengering"
(HR At Tirmizi).
Secara ringkasnya;
1- Jagalah Allah dengan cara ikut perintah dan tinggalkan larangan, membenarkan al-Quran dan mengikut sunnah sebenar.
2- Maka jika kita menjaga batasan Allah, maka Allah Azza Wajal akan menjaga urusan kita baik di dunia mahupun akhirat.
3-Jika ada permintaan, walau sekecil apa pun, mintalah hanya kepada Allah.
4- Jika memerlukan pertolongan dalam bentuk apa pun, mintalah hanya daripada Allah. (Iyyaka na'budu, wa iyyaka nas ta'in)
5- Tiada satu makhluk pun boleh memberi manfaat kepada kita, walaupun satu dunia ni berkumpul nak beri kita kebaikan, melainkan apa yang telah Allah tetapkan. Begitu juga sebaliknya.
6- Pena telah diangkat dan lembaran telah kering - bermaksud segala tulisan takdir kita telah tercatat lamaaaaaa dulu di Lohmahfuz. Sebab itulah, kena percaya kepada qadar Allah, iaitu rukun iman ke-6.
Setiap kali kita rasa putus asa, atau penat, kita ulang-ulanglah baca hadis ini. Kadang fikiran kita diusik-usik, dibisik-bisik dengan perkara yang melemahkan jiwa, melemahkan semangat.
Kita ini insan yang lemah, hanya mampu berserah.
Memang pun, Allah suruh kita serahkan semua kepada Allah.
Hidup kita untuk mati, dan matinya kita untuk hidup selamanya.
#CikAyuisTyping

